jhnrdzi

Mona hanya seorang perempuan.

Mona hanya seorang perempuan.

Dia sudah lama dipeluk kesepian.

Dia mahu dirinya terbang dilempar angin

melayang-layang dari sebuah kota ke sebuah yang lainnya

atau dicarik-carik sampai binasa.



Mona mahu dirinya tenggelam ke lautan.

memikul berat sengsara hidup didunia

dan tidur didasar sana selamanya.

Mona mahu dirinya dibasahi petrol

mencuba sebatang rokok sebelum menyalakan api

lalu ikut sama membakar diri.

Mona hanya seorang perempuan.


Adam dalam tivi.

Suatu malam seperti malam-malam kebiasannya

Adam tersedar dari mimpi yang aneh

atau serasanya terlalu mengusik

Dia sedang duduk dihadapan tivi

dan ada seorang perempuan juga

tak terlihat wajahnya

hanya sebuah jam terlilit di lengan

menonton tivi dalam tivi

melihat Adam sedang tidur.

Atas katil.

Adam berasa sejuk.

Dia melemparkan pandang keluar tingkap.

Bulan tergantung atas wayar. Skrin langit terkoyak.

Sebuah kamera datang merakam Adam.

Adam wujud dalam tivi. 


Main tag #BilaLarutMalam

“Kau cantik,” bisiknya, “kau cantik seorang perempuan yang bersedia menemui ajalnya sendiri.” #BilaLarutMalam

Hidup Adam sentiasa terkawal. Adam tak tahu. Sampailah Adam bermimpi, mak abah Adam datang dan masukkan skru dalam otak Adam. #BilaLarutMalam

Dia hanya seorang perempuan. Dia hanya ingin melayang ikut angin dan tenggelam dalam dasar laut. Dia hanya seorang perempuan

Mona seorang perempuan. Dia hanya ingin melayang ikut angin dan tenggelam kedasar laut. Dia hanya seorang perempuan.

Mona kesepian. Dia mahu melayang ikut angin dan tenggelam kedasar lautan. Mona hanya seorang perempuan

Adam sentiasa akan mengajak aku hisap ganja lewat kelas. Terkadang dia akan cerita pasal Chairil. Sekarang dia dah mati.

Adam terjaga dari mimpi. Adam lihat keliling. Adam terusik. Adam lihat luar tingkap. Ada kamera lihat Adam. Adam dalam tivi. Awak ingat tak hati yang saya berikan kepada awak valentine lalu? Ya, itu sebenarnya hati ayam yang saya beli di pasar tani.

p/s: Aku rasa nak tulis puisi daripada beberapa tweet ini nanti. Jeng jeng!


Agama Islam adalah kepunyaan tiap-tiap orang yang beriman. Dalam agama Islam tidak ada jabatan Kepala agama, ‘Sang Datu’, perantaraan di antara manusia dengan Allah. Hubungan seorang Muslim adalah langsung dengan Tuhan. Dia tidak mengakui adanya kekuasaan yang membatas. Kalau di zaman yang akhir tuan dapati penyembah kubur, tukang keramat-keramatan, itu adalah setelah ajaran Islam yang asli dikotori oleh ajaran yang lain. Golongan yang disebut Ulama, tidaklah diberi hak menguasai agama. Dan tidak ada satu kasta yang semata-mata hanya mengurus agama, dan orang banyak menunggu keputusan dari beliau. Kalau agama dikuasai oleh suatu golongan, padahal dia tidak mendapat, ‘beslit’ dari Tuhan buat mengatur itu, maka orang lain berhak merampas agama itu dari tangannya, mendemokrasikannya kembali.Suatu faham dari seorang Ulama Islam, boleh ditolak oleh faham Ulama yang lain. Dan erti sejati dari Ulama, ialah orang berilmu. Hanya tradisi buatan manusia yang mempersempit daerah itu. Maka sekali-kali tidaklah ada agama memberikan hak kepada seseorang Ulama buat memaksa orang banyak supaya tunduk saja kepada yang beliau tentukan. Al-Qur’an bukan kepunyaan beliau saja dan Nabi untuk umat seluruhnya, termasuk Ulama dan termasuk yang lain. Jalan kepada Qur’an terbuka bagi semuanya, adapun sesampai di akhirat esok, semuanya akan kembali kepada Allah dengan buah usahanya, dengan amal kebajikannya. Baik dia bergelar Ulama atau bergelar kuli, baik Menteri atau opas pejabat.“Dan semuanya datang kepadaNya di hari kiamat” (Surah Maryam 19:95)Tidak ada suatu kekuasaan memerintah atau kekuasaan politik yang boleh didakwakan datang dari langit, yang kerap disebut teokrasi. Yang datang dari langit hanyalah akuan dan angkatan Tuhan atas seorang manusia menjadi Nabi atau Rasul. Kalau ada seorang Nabi mengepalai suatu negara, adalah kerana kehendak orang banyak. Sebab itu maka tidaklah semua Nabi menjadi kepala negara. Tidak pula nampak terluang suatu lubang masuk untuk pertentangan ahli pemerintahan dengan ahli agama. Maksud agama ialah keselamatan seluruh umat, jadi keselamatan negara. Dan boleh ditegaskan lagi bahawasanya hakim dan pemegang negara yang dicita-citakan, bahawasanya pemegang negara itu hendaklah seorang ahli falsafah. Dan hendaklah ahli falsafah itu ahli tentang kenegaraan.HAMKA (Islam: Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial, m/s 165-167)
- Fuad Syazwan Ramli. View Larger

Agama Islam adalah kepunyaan tiap-tiap orang yang beriman. Dalam agama Islam tidak ada jabatan Kepala agama, ‘Sang Datu’, perantaraan di antara manusia dengan Allah. Hubungan seorang Muslim adalah langsung dengan Tuhan. Dia tidak mengakui adanya kekuasaan yang membatas. Kalau di zaman yang akhir tuan dapati penyembah kubur, tukang keramat-keramatan, itu adalah setelah ajaran Islam yang asli dikotori oleh ajaran yang lain. Golongan yang disebut Ulama, tidaklah diberi hak menguasai agama. Dan tidak ada satu kasta yang semata-mata hanya mengurus agama, dan orang banyak menunggu keputusan dari beliau. Kalau agama dikuasai oleh suatu golongan, padahal dia tidak mendapat, ‘beslit’ dari Tuhan buat mengatur itu, maka orang lain berhak merampas agama itu dari tangannya, mendemokrasikannya kembali.

Suatu faham dari seorang Ulama Islam, boleh ditolak oleh faham Ulama yang lain. Dan erti sejati dari Ulama, ialah orang berilmu. Hanya tradisi buatan manusia yang mempersempit daerah itu. Maka sekali-kali tidaklah ada agama memberikan hak kepada seseorang Ulama buat memaksa orang banyak supaya tunduk saja kepada yang beliau tentukan. Al-Qur’an bukan kepunyaan beliau saja dan Nabi untuk umat seluruhnya, termasuk Ulama dan termasuk yang lain. Jalan kepada Qur’an terbuka bagi semuanya, adapun sesampai di akhirat esok, semuanya akan kembali kepada Allah dengan buah usahanya, dengan amal kebajikannya. Baik dia bergelar Ulama atau bergelar kuli, baik Menteri atau opas pejabat.

“Dan semuanya datang kepadaNya di hari kiamat” (Surah Maryam 19:95)

Tidak ada suatu kekuasaan memerintah atau kekuasaan politik yang boleh didakwakan datang dari langit, yang kerap disebut teokrasi. Yang datang dari langit hanyalah akuan dan angkatan Tuhan atas seorang manusia menjadi Nabi atau Rasul. Kalau ada seorang Nabi mengepalai suatu negara, adalah kerana kehendak orang banyak. Sebab itu maka tidaklah semua Nabi menjadi kepala negara. Tidak pula nampak terluang suatu lubang masuk untuk pertentangan ahli pemerintahan dengan ahli agama. Maksud agama ialah keselamatan seluruh umat, jadi keselamatan negara. Dan boleh ditegaskan lagi bahawasanya hakim dan pemegang negara yang dicita-citakan, bahawasanya pemegang negara itu hendaklah seorang ahli falsafah. Dan hendaklah ahli falsafah itu ahli tentang kenegaraan.

HAMKA (Islam: Revolusi Ideologi & Keadilan Sosial, m/s 165-167)

- Fuad Syazwan Ramli.


mana lebih baik? perempuan bertudung tapi akhlak kurang baik, dengan perempuan tak bertudung, tapi akhlak baik?

HAMKA pernah ditanya, mana yang lebih baik, Kiyai, Ustaz yang rajin solat, rajin beribadat, tetapi buruk akhlak sesama manusia, dengan Doktor yang tidak solat, tetapi sangat bagus akhlaknya sesama manusia.

jawab HAMKA, “Pak Haji akan bertambah jahat hatinya kalau dia tidak sembahyang. Pak Doktor akan bertambah tinggi budinya dan baik hatinya kalau dia menjalan solat”.

faham? tak faham boleh tidur dulu.

— Fuad Syazwan Ramli.


Aku dah bagitau diri sebelum pergi Boco tadi, “Johan, duit kau limited, buku kau dirumah masih banyak belum terbaca, dan kau seorang mahasiswa undang-undang. Bukannya ada masa nak baca buku.”

Tapi sesi bercakap dengan “aku” itu ternyata hanya satu ritual ringkas yang aku lakukan setiap hari sebelum asuk kemana-mana toko buku, termasuklah yang Boco ini. Aku membeli Orhan Pamuk kerana ia sangat sukar didapati dan Murakami kerana harganya yang murah. Itu saja justificationnya.

Tidak gampang, tidak gampang. Aku berharap isi bukunya tidak menyesali aku.


Aku masih ingat lagi, selain Cikgu Hamidon, madam lah yang sentiasa memujuk aku agar sentiasa menulis. Katanya, aku punyai imaginasi yang bagus. Hampir setiap minggu aku akan hantarkan esei-esei aku kepadanya untuk diperiksa, kadang-kadang ditegur kerana melanggar grammar, kadang-kadang dipuji untuk jalan cerita, dan kadang-kadang dijadikan contoh untuk kelas-kelas lainnya.Ah, dulu English aku memang bagus. Betapa aku westernized. Tetapi bahasa hanya bahasa - sebuah cangkir yang mengempangi makna - dan makna akan terus mengalir bagi menyuburkan pemahaman kita terhadap manusia dan dunia.  View Larger

Aku masih ingat lagi, selain Cikgu Hamidon, madam lah yang sentiasa memujuk aku agar sentiasa menulis. Katanya, aku punyai imaginasi yang bagus. Hampir setiap minggu aku akan hantarkan esei-esei aku kepadanya untuk diperiksa, kadang-kadang ditegur kerana melanggar grammar, kadang-kadang dipuji untuk jalan cerita, dan kadang-kadang dijadikan contoh untuk kelas-kelas lainnya.

Ah, dulu English aku memang bagus. Betapa aku westernized. Tetapi bahasa hanya bahasa - sebuah cangkir yang mengempangi makna - dan makna akan terus mengalir bagi menyuburkan pemahaman kita terhadap manusia dan dunia. 



Burung gagak, burung gagak datang ke tingkap. Burung gagak, burung gagak, datang makan budak. Burung gagak, burung gagak, tinggalkan mayat.